Pilihan raya umum Malaysia 2022

Pilihan raya umum Malaysia 2022

← 2018 19 November 2022 (2022-11-19)[nb 1] 2028 →

222 kerusi dalam Dewan Rakyat Malaysia
112 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar21,173,638
Pengundi hadir15,517,490 (74.71%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Ahmad Zahid Hamidi [nb 2]
Parti PKR BERSATU UMNO
Gabungan Pakatan Harapan

Parti komponen
+ Sekutu Pilihan raya

MUDA[nb 4]

Perikatan Nasional
Parti komponen
Barisan Nasional
Parti komponen
Pemimpin sejak 15 Oktober 2018 7 Ogos 2020 30 Jun 2018
Kerusi pemimpin Tambun Pagoh Bagan Datuk
Pilihan raya
lepas
100 kerusi, 41.29%[nb 5] 32 kerusi, 24.07%[nb 6] 58 kerusi, 27.79%[nb 3]
Kerusi sebelum 91 46 41
Kerusi yang
diperlukan
21 66 71
Kerusi yang
dimenangi
82 74 30
Kerusi selepas 82 74 30
Perubahan kerusi 18 41 28
Undian popular 5,801,327 4,700,819 3,462,231
Peratusan 37.46% 30.35% 22.36%

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
 
Pemimpin Abang Johari Openg Hajiji Noor Mahathir Mohamad
Parti PBB PPBM PEJUANG
Gabungan Gabungan Parti Sarawak
Parti komponen
Gabungan Rakyat Sabah
Parti komponen
GTA
Parti komponen
Pemimpin sejak 13 Januari 2017 11 Mac 2022 12 Ogos 2020
Kerusi pemimpin Tiada kedudukan[nb 7] Tidak bertanding Langkawi
(hilang kerusi)
Pilihan raya
lepas
19 kerusi, 3.82%[nb 8] 2 kerusi, 0.71% Baharu
Kerusi sebelum 18 2 2
Kerusi yang
diperlukan
Tiada keperluan[nb 9] Tiada keperluan[nb 10] 108
Kerusi yang
dimenangi
TBA 0
Kerusi selepas 22 6 0
Perubahan kerusi 3 4 2
Undian popular 610,812 409,775 281,732
Peratusan 3.94% 0.91% 1.82%

  Parti ketujuh Parti kelapan Parti kesembilan
 
Pemimpin Wong Soon Koh Shafie Apdal Larry Sng Wei Shien
Zuraida Kamaruddin (dipertikai)[nb 11]
Parti PSB WARISAN PBM
Gabungan Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak
Parti komponen
TBA
Pemimpin sejak 2015 17 Oktober 2016 Larry Sng: 8 Januari 2022
Zuraida: 7 Oktober 2022
Kerusi pemimpin Tiada kedudukan[nb 13] Semporna Larry Sng: Julau
Zuraida: Ampang
(hilang kerusi)
Pilihan raya
lepas
Tidak bertanding 8 kerusi, 2.32% Tidak bertanding
Kerusi sebelum 2 8 1
Kerusi yang
diperlukan
Tiada keperluan[nb 14] Tiada keperluan[nb 15] 106
Kerusi yang
dimenangi
TBA TBA 0
Kerusi selepas 0 3 1
Perubahan kerusi TBA 5 [nb 12]
Undian popular TBA 108,654 63,370
Peratusan TBA 0.71% 0.41%

TBA

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Ismail Sabri Yaakob
BN

Perdana Menteri selepas pilihan raya

Anwar Ibrahim
PH

Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya ini: 221 kerusi pada 19 November dan satu kerusi pada 7 Disember.[1][nb 16]

Pilihan raya ini turut diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Pahang, Perak dan Perlis; serta pilihan raya kecil Bugaya.

Antara 2020 dan 2022, ketampakan penganjuran pilihan raya persekutuan awal kekal tinggi disebabkan oleh kemelut politik kerajaan negara. Ketidakstabilan politik terbit daripada para ahli parlimen bertukar parti atau gabungan, dan digabungkan dengan pandemik COVID-19, telah menyumbang kepada peletakan jawatan dua perdana menteri dan kejatuhan setiap kerajaan gabungan masing-masing sejak pilihan raya sebelumnya pada 2018.[2]

Dewan Rakyat ke-14 dijangka tamat pada 16 Julai 2023, lima tahun selepas mesyuarat pertama sesi pertama Parlimen Malaysia ke-14 pada 16 Julai 2018.[2] Bagaimanapun, atas permintaan penyandang Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertindak membubarkan Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2022, dan kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari itu. Mengikut perlembagaan, pilihan raya perlu diadakan dalam 60 hari, dengan 9 Disember 2022 sebagai hari pengundian terakhir yang mungkin.[3]

Secara tradisinya, pilihan raya umum untuk semua dewan undangan negeri (DUN) kecuali Sarawak juga diadakan serentak sebagai langkah penjimatan kos. Walau bagaimanapun, negeri-negeri boleh membubarkan badan perundangan mereka sendiri secara bebas daripada Parlimen, dan beberapa negeri (Sabah, Melaka dan Johor) melakukan pilihan raya awal akibat daripada kemelut politik seperti di atas, mengganggu kitaran pilihan raya biasa mereka. Negeri-negeri ini, dan Sarawak, telah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihan raya secara serentak. Tambahan pula, beberapa negeri lain, terutamanya yang berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional, telah menyatakan bahawa mereka lebih suka untuk melengkapkan tempoh penuh.[4]

Pakatan Harapan (PH) memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) tidak jauh ketinggalan dengan penguasaan kuat di kawasan utara negara, terutamanya dengan dominasi penuh di Perlis, Kelantan dan Terengganu.[5] Barisan Nasional dengan 30 kerusi, memperoleh kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula memperoleh dominasi ketara di Sarawak. Walau bagaimanapun, dengan keputusan rasmi (kebanyakan) kerusi Dewan Rakyat pada 20 November 2022, seperti jangkaan popular,[6] tiada gabungan parti yang membentuk majoriti, mencetuskan situasi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia, dan usaha pembentukan kerajaan campuran dijalankan.[7] Akhirnya, ketua PH Anwar Ibrahim dilantik dan diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri negara ke-10 pada 24 November, dengan sokongan sampingan daripada BN, GPS, GRS,[8] Warisan, PBM dan calon bebas.[9]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ SPR tetapkan 19 November sebagai hari mengundi
  2. ^ a b "Proclamation – Summon the Parliament [P.U. (A) 139/2018]" (PDF). Attorney General's Chamber of Malaysia. 13 June 2018.
  3. ^ Reuters (2022-10-10). "Malaysia PM dissolves parliament". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-10.
  4. ^ "Tiada pilihan raya awal bagi negeri yang dikuasai PAS, kata naib presiden parti". Free Malaysia Today. 6 Jun 2022. Dicapai pada 6 Jun 2022.
  5. ^ Razak, Radzi (20 November 2022). "Perikatan supporters upbeat after clean sweep in Kedah, Kelantan and Terengganu". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 November 2022.
  6. ^ Chen, Heather (18 November 2022). "Malaysia is voting after years of political instability. The result is impossible to predict". CNN. Dicapai pada 20 November 2022.
  7. ^ "PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR". Astro Awani. 20 November 2022. Dicapai pada 20 November 2022.
  8. ^ Mat Ruzki, Rafidah; Halid, Suzalina (25 November 2022). "Kita sudah ada 'hour' atau capai dua pertiga sokongan - PM". Berita Harian. Dicapai pada 25 November 2022.
  9. ^ "Parliament session on Dec 19, motion of confidence on PM to be tabled - PM Anwar". Bernama. 24 November 2022. Dicapai pada 25 November 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search